Selamat datang ke website Rumah Murah Besar Cantik. Com!

 


Ebook Panduan Percuma Membeli Rumah

 

ebook-panduan-percuma-beli-rumah-murah-bawah-harga-pasaran-below-market-value

 

Sila isi borang di bawah untuk mendapatkan ebook percuma ini.

Nama
Email
Whatsapp No

Email Marketing by TrafficWave.net

 

Terima kasih kerana berminat. Sila periksa email anda segera.


Group Penerangan Whatsapp

 

Klik link untuk sertaiĀ 

 

Setiap orang mempunyai hasrat untuk memiliki rumah idaman. Tidak hairanlah apabila ramai yang mencari ” rumah untuk dijual ” di dalam enjin carian Google. Mereka ingin mendapatkan rumah yang terbaik untuk diri dan keluarga. Sumber pendapatan yang di dapati daripada pekerjaan dikumpulkan untuk membeli rumah. Sekurang- kurangnya mereka telah mengumpulkan duit pendahuluan selalunya sepuluh peratus daripada harga rumah.

 

Pembelian sesebuah rumah hendaklah dibuat dengan teliti. Pembelian hartanah seperti rumah adalah selalunya perlaburan jangka masa panjang. Harganya yang beratus ribu mungkin membuatkan sebagai pinjaman kita yang terbesar. Harus diingat, rumah boleh jadi aset dan juga liabiliti. Jika kita hanya membeli rumah untuk dijadikan sebagai tempat perteduhan kepada kita dan sekeluarga, kita tidak menjana sebarang pendapatan sehinggalah kita menjualnya kelak.

 

Rata- rata pembeli rumah mengimpikan rumah yang besar dan cantik serta harga yang murah berpatutan. Sekurang-kurangnya, kita akan merasa seronok dan bahagia di rumah. Ruang yang cukup untuk semua ahli keluar termasuklah bilik tidur dan juga bilik air. Pelbagai jenis rumah kita dapat perincikan sebagaiĀ  :

  1. Rumah setinggan
  2. Rumah tanah lot
  3. Rumah pangsa
  4. Rumah kondominium
  5. Rumah teres setingkat
  6. Rumah teres dua tingkat
  7. Rumah teres dua tingkat setengah
  8. Rumah teres tiga tingkat
  9. Rumah Semi-D
  10. Rumah Banglo

 

Kita juga hendaklah memikirkan lokasi rumah yang dibeli tersebut. Ianya mestilah berhampiran dengan kawasan aktiviti harian yang kita lakukan seperti tempat kerja, sekolah, hospital, tempat beriadah, kedai, pasaraya, kemudahan pengangkutan dan pelbagai lagi. Oleh itu, kita akan berasa berbaloi dengan pembelian rumah yang memenuhi kriteria membeli rumah yang dilakukan tersebut.

 

Antara kriteria membeli rumah yang dilakukan ialah :

  1. Jenis rumah – seperti yang disebutkan di atas.
  2. Jenis geran – Bumiputra atau public ? Free hold atau lease hold?
  3. Pelan rumah – Keluasan rumah, pelan lantai, jumlah bilik, jumlah bilik air dan tempat letak kereta.
  4. Kelengkapan rumah – soket elektrik, paip air, tangki airdan kunci pintu.
  5. Lokasi rumah – berhampiran pusat aktiviti utama, dalam bandar, pinggir bandar atau luar bandar?
  6. Kemudahan rumah – Sekolah, stesyen minyak, kedai, pasaraya, taman rekreasi, klinik dan hospital.
  7. Jaringan pengangkutan – Jalanraya, Lebuhraya, perkhidmatan bas dan teksi.
  8. Komuniti persekitaran – jiran tetangga, kawalan keselamatan dan kadar aktiviti jenayah.